Jalan-Jalan Kebaikan
Jalan-Jalan Kebaikan
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Sesiapa mengerjakan kebaikan
meskipun sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya."
(Surah
al-Zalzalah 99: 7)
Al-Bukhari dan Muslim
meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya:'Setiap ruas tulang
manusia dibebani untuk bersedekah setiap pagi harinya. Berbuat adil
(mendamaikan) di antara dua orang adalah sedekah. Menolong orang lain dengan
memboncengkan di kenderaan atau membawakan barangnya adalah sedekah. Setiap
langkah yang ditempuhi menuju solat (berjemaah) adalah sedekah . Membuangkan
sesuatu yang menganggu dari jalan adalah sedekah.'
(Riwayat
al-Bukhari no. 2989 dan Muslim no.1009)
Muslim meriwayatkan daripada
Aisyah r.ha., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:"Sesungguhnya
setiap manusia daripada keturunan Adam diciptakan dengan memiliki 360 ruas
tulang. Sesiapa yang bertakbir,bertahmid,bertahlil,bertasbih,beristighfar,
menyingkirkan batu, duri, atau tulang dari jalan; beramar makruf; atau bernahi
mugkar sebanyak bilangan 360 kali, bererti sesungguhnya pada hari itu dia telah
menjauhkan dirinya dari neraka."
(Riwayat
Muslim no.1007)
Muslim meriwayatkan daripada Abu
Zar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:"Setiap pagi
hari setiap ruas tulang kamu dibebani untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih
adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah.
Setiap takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah. Nahi mungkar adalah
sedekah. Dan cukup sebagai ganti daripada itu semua adalah mengerjakan dua
rakaat solat Dhuha"
(Riwayat
Muslim no. 720)
Muslim meriwayatkan daripada Abu
Zar r.a , beliau berkata:
Maksudnya:"Nabi SAW
pernah bersabda kepadaku: 'Janganlah sekali-kali engkau meremehkan kebaikan
meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria."
(Riwayat
Muslim no.2626)
Marilah ikhwah akhawat semua kite
sama-sama buat baik menuju Allah...meraih syurga Allah...In sha Allah...
Comments
Post a Comment