Jalan-Jalan Kebaikan
Assalamualaikum w.b.t Jalan-Jalan Kebaikan Allah SWT berfirman: Maksudnya: "Sesiapa mengerjakan kebaikan meskipun sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya." (Surah al-Zalzalah 99: 7) Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Setiap ruas tulang manusia dibebani untuk bersedekah setiap pagi harinya. Berbuat adil (mendamaikan) di antara dua orang adalah sedekah. Menolong orang lain dengan memboncengkan di kenderaan atau membawakan barangnya adalah sedekah. Setiap langkah yang ditempuhi menuju solat (berjemaah) adalah sedekah . Membuangkan sesuatu yang menganggu dari jalan adalah sedekah.' (Riwayat al-Bukhari no. 2989 dan Muslim no.1009) Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya setiap manusia daripada keturunan Adam diciptakan dengan memiliki 360 ruas tulang. Sesiapa y